EPL: Kalah lagi, Pochettino mahukan Chelsea berkembang sebagai satu pasukan
Ammar Hakim
September 25, 2023 08:34 MYT
September 25, 2023 08:34 MYT
Mauricio Pochettino berkata Chelsea perlu berkembang sebagai satu pasukan selepas mereka tewas 1-0 di Stamford Bridge kepada Aston Villa sekaligus merekodkan kekalahan ketiga musim ini.
Perlawanan bertukar apabila pemain Chelsea, Malo Gusto dibuang padang selepas 58 minit apabila kedudukan masih 0-0. Terjahannya ke atas Lucas Digne yang diteliti menerusi VAR dan pengadil perlawanan, Jarred Gillett, yang pada mulanya melayangkan kad kuning awal menukar keputusannya dan memberikan kad merah.
Pochettino membawa masuk Ben Chilwell dan memindahkan Axel Disasi ke posisi pertahanan kanan, namun kekurangan pemain tidak banyak mengubah pendekatan menyerang Chelsea ketika terus memburu kemenangan.
Bagaimanapun, ia ternyata percaturan memakan diri sendiri apabila Villa berjaya mengambil kesempatan di atas kelebihan pemain di atas padang, pemain Villa, Moussa Diaby, berjaya merampas bola sebelum melakukan lorongan cemerlang buat Ollie Watkins meledak gol kemenangan pelawat.
Ia adalah kali kedua dalam dua musim Watkins menjaringkan gol dalam kemenangan Villa di Stamford Bridge, ketika pasukan bimbingan Unai Emery memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Chelsea.
Pochettino enggan mengkritik pegawai perlawanan dan berkata pemain yang seharusnya bertanggungjawab atas permulaan buruk pasukan musim ini.
“Ia adalah tanggungjawab kami dan tanggungjawab pemain,” kata Pochettino.
“Kami tidak boleh menyalahkan VAR atau pengadil. Keadaannya, kita perlu bertindak berbeza, dengan cara yang berbeza.
"Saya tidak akan menyalahkan atau berkata apa-apa terhadap Malo Gusto. Situasi seperti ini berlaku dalam bola sepak dan ia menjejaskan permainan dan pasukan secara negatif.
“Kami perlu berkembang seperti satu pasukan, bukan sahaja secara individu. Pemain seperti Nico (Jackson) masih muda, mula menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris dan dia sedang belajar, dia memerlukan masa.
“Sebab itu kami berasa kecewa kerana kami bermain terlalu banyak situasi seperti ini. Satu lagi perincian kecil dan pada akhirnya kami kalah dalam permainan. Kami berada dalam situasi yang perlu kami ubah secepat mungkin.”
Back-to-back league wins at Stamford Bridge for the first time since 1933. Unai Emery's Aston Villa. ? pic.twitter.com/bmOepNiJPU
— Aston Villa (@AVFCOfficial) September 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.