Pemain penyerang Arsenal, Kai Havertz, menjaringkan dua gol ketika menewaskan bekas kelab lamanya Chelsea 5-0, dalam usaha untuk membawa Arsenal terus menduduki takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Penyerang The Gunners itu menjaringkan dua daripada empat gol dalam separuh masa kedua untuk memastikan mereka memiliki malam yang cemerlang di Stadium Emirates dengan penuh kegembiraan.



Pemain sayap, Leandro Trossard, memberikan kelebihan awal buat Arsenal dengan jaringan pembukaan dalam separuh masa pertama, malah dua gol lagi hadir menerusi pemain pertahanan Ben White dalam separuh masa kedua untuk memberikan skuad Mikel Arteta itu berada di landasan yang tepat untuk memburu kejuaraan EPL musim ini.

Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan, manakala juara bertahan Manchester City ketinggalan empat mata dibelakang dengan kekurangan dua perlawanan.