EPL

EPL: Kad merah Mac Allister sewaktu lawan Bournemouth dibatalkan

Muzaffar Musa 23/08/2023 | 03:35 MYT
Kad merah yang dilayangkan kepada pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister, sewaktu menentang Bournemouth hujung minggu lalu kini dibatalkan.
Mac Allister dilayangkan kad merah oleh pengadil, Thomas Bramall, selepas didapati melakukan terjahan ke arah kaki Ryan Christie pada minit ke-58 sewaktu Liverpool mengatasi Bournemouth 3-1 di laman sendiri.
Penampilan pertama pemenang Piala Dunia itu di Anfield tidak berlangsung lama, di mana dia diarahkan keluar padang sewaktu The Reds sedang mendahului 2-1.
Jurucakap Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berkata dalam laman web rasmi mereka: "Suruhanjaya kawal selia bebas telah membatalkan penggantungan tiga perlawanan Alexis Mac Allister.
"Pemain tengah Liverpool itu diarahkan keluar padang kerana terjahannya sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth pada Sabtu, 19 Ogos lalu."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liverpool #Bournemouth #Liga Perdana Inggeris #Alexis Mac Allister
;