Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Jurgen Klopp pertahan nasib malang Darwin Nunez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nunez.jpg
Ketua jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan bahawa dia tidak mengendahkan sebarang spekulasi mengenai masa depan bekas penyerang S.L. Benfica, Darwin Nunez, dan mempertahan nasib penyerang itu.

Terdahulu, penyerang kebangsaan Uruguay itu, terlepas peluang untuk menjaringkan gol ketika berdepan Tottenham Hotspur, sekali gus menjadikannya gagal mencetak jaringan dalam kesemua lapan perlawanan membabitkan pasukan Liverpool.

Selepas menerima kecaman yang teruk dari penyokong The Reds, Nunez, kemudian memadam semua gambarnya bersama Liverpool di akaun Instagram peribadinya.

"Dia tidak bernasib baik dalam banyak situasi. Dia melakukan segala-galanya dengan betul tetapi masih tiada rezeki. Tiada alternatif selain dia sendiri perlu melaluinya," kata Jurgen Klopp. 

Advertisement

Must Watch Video