Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Jordan Henderson yakin Liverpool ada prospek untuk lebih menyerlah musim depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpools-jordan-henderson.jpg
Kapten Liverpool, Jordan Henderson, percaya Liverppol memiliki pelbagai pilihan penjaring gol yang akan memberikan mereka kelebihan musim depan.

Kepulangan Luis Diaz daripada kecederaan beberapa minggu lalu memberikan peluang untuk pengurus, Jurgen Klopp, memilih lima diantara enam penyerangnya (hanya Roberto Firmino, yang akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini, berada dalam senarai kecederaan).

Kadaan itu menyaksikan mereka kembali mendapatkan prestasi terbaik dan memperoleh enam kemenangan berturut-turut untuk membantu mereka kembali bersaing dalam perebutan penamat empat teratas -- hanya ketinggalan satu mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester United, tetapi sudah beraksi lebih satu perlawanan.

Jika lima penyerang itu -- Mohamed Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota, Cody Gakpo dan Diaz -- dapat kekal cergas, Henderson percaya Liverpool dapat berkembang dengan lebih pesat musim depan.

"Setiap perkara berevoulsi mengikut masa dan kami memiliki pemain baru yang boleh masuk ke bahagian serangan dan mereka pemain yang amat menarik," kata pemain tengah itu kepada Sky Sports.

"Terdapat banyak perkara berbeza yang kami boleh gunakan dan pemain berbeza yang boleh melakukan perkara yang amat berbeza.

"Kami memiliki ramai pemain berkualiti yang boleh ke bahagian depan dan kesemua mereka boleh menjaringkan gol, jadi kami perlu menggunakan kelebihan itu musim depan.

"Sejujurnya terdapat naik-turun buat kami musim ini. Kami mungkin bergelut untuk mencari ketekalan dalam sebahagian besar daripadanya.

"Perkara baiknya adalah kami sudah kembali kelihatan seperti diri kami dan saya fikir ia masih perjalanan yang jauh daripada segi peningkatan tetapi ia satu petanda yang baik buat kami.

"Harap-harap kami dapat menamatkan tiga perlawanan terakhir ini dengan kukuh dan membawa kecemerlangan itu ke musim depan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video