Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jonny-evans.jpg
Jonny Evans melanjut tempohnya di Manchester United sehingga penghujung musim depan selepas menandatangani kontrak lanjutan setahun.

Selepas muncul daripada akademi United dan menghabiskan tempoh sembilan tahun dari 2006 hingga 2015 bersama The Red Devils, Evans kembali ke pangkuan pasukan itu sebagai sokongan buat barisan pertahanan tengah yang dibarisi Harry Maguire, Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof musim lalu.

Dengan keempat-empat pemain itu dilanda kecederaan sepanjang musim 2023-24, Evans memainkan peranan lebih penting berbanding apa yang dijangkakan ketika United menamatkan musim di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 36 tahun itu melakukan 30 penampilan dalam kesemua kejohanan, termasuk ketika dimasukkan sebagai pemain gantian sewaktu United menewaskan seteru setempat, Manchester City, untuk menjuarai Piala FA pada Mei lalu.

Evans kini telah memenangi kesemua trofi domestik bersama United, di mana dia menjulang tiga trofi EPL dan dua trofi Piala Liga Inggeris (EFL) sepanjang tempoh pertamanya bersama kelab itu.

Bercakap dalam laman wab rasmi kelab itu sebaik menandatangani kontrak barunya, Evans berkata: "Saya amat gembira untuk melanjutkan kontrak di Manchester United untuk semusim lagi.

"Untuk bermain buat kelab yang hebat ini dan rasakan sokongan daripada penyokong kita yang hebat, merupakan satu keistimewaan.

"Kembali ke kelab ini musim lalu merupakan satu penghormatan untuk turun ke padang bermain dengan rakan sepasukan yang luar biasa di bawah bimbingan pengurus yang cemerlang.

"Memenangi Piala FA bersama-sama merupakan momen yang tidak terlupakan. Saya sedar kita mampu mencabar lebih banyak trofi musim depan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video