Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Jonny Evans kembali ke pangkuan Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jonny-evans_1.jpg
Pertahanan Ireland Utara, Jonny Evans, kembali ke pangkuan Manchester United dengan menandatangani kontrak jangka pendek dan berada dalam skuad pasukan itu bagi kempen pramusim mereka.

Evans, 35, membina nama di United sejak dari zaman remajanya dan telah berlatih bersama kelab itu sepanjang beberapa hari lalu selepas meninggalkan pasukan yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City.

Sebelum ini, terdapat spekulasi mengaitkan pertahanan veteran itu dengan Everton tetapi Evans kini menandatangani kesepakatan yang membenarkannya untuk menyertai perlawanan persahabatan pramusim menentang Lyon di Edinburgh awal pagi esok.

Evans, yang memiliki 102 penampilan antarabangsa bersama Ireland Utara, pernah mewakili United sebanyak 198 kali sebelum berpindah ke West Brom pada 2015.

Sepanjang di Old Trafford, Evans memenangi satu gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Piala Dunia Kelab selain tiga gelaran EPL dan dua kejuaraan Piala Liga Inggeris.
 

Advertisement

Must Watch Video