Skip to main content

Bola Sepak

EPL: John Stones mohon maaf selepas kekalahan 1-5 kepada Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

john-stones.jpg
John Stones memohon maaf kepada penyokong Manchester City selepas kekalahan 1-5 kepada Arsenal awal pagi tadi, sambil mengakui bahawa prestasi mereka dalam 15 minit terakhir adalah "tidak boleh diterima".

Stones juga terlibat dalam gol kedua Arsenal, di mana bola terbias ke tubuhnya.

"Sukar untuk digambarkan selepas perlawanan ini, maaf kepada penyokong," kata Stones. 

"Cara kami bermain dalam 30 minit terakhir tidak boleh diterima.

"Saya kecewa dan marah secara peribadi dan kolektif."

Stones memuji permainan Arsenal tetapi menegaskan City perlu memperbaiki pemainan mereka dan tidak membiarkan situasi tersebut menguasai mereka.

Walaupun tewas 1-5 kepada Arsenal, John Stones menyeru agar City kekal bersatu dan tidak saling menyalahkan.

Dia mengakui pasukan mereka perlu lebih fokus dan mengatasi kesukaran berkenaan.

 

Advertisement

Must Watch Video