Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Johan Lange dilantik pengarah teknikal baru Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lange.jpg
Johan Lange dilantik sebagai pengarah teknikal Tottenham selepas berkhidmat bersama Aston Villa sejak musim panas 2020 dengan peranan yang sama dan akan mula berkhimdat bersama Spurs pada 1 November ini.

Kehadiran bekas pengarah pasukan Sevilla, Monchi, di Villa Park pada Jun lalu, mengubah kedudukan Lange, yang menggantikan Fabio Paratici sebagai pelantikan penting buat Tottenham.

Ketua pegawai bola sepak Spurs, Scott Munn, berkata: "Johan telah menunjukkan rekod prestasi cemerlang dalam mencari bakat dan menandatangani ramai pemain muda serta senior yang berbakat."

Spurs sudah pun mula mencari pengganti Paratici sejak peletakan jawatannya sebagai pengarah urusan kelab itu pada April lalu.

Paratici sebelum ini dikenakan larangan daripada berkhidmat di Itali selama dua setengah tahun bermula Januari lalu selepas bekas kelabnya, Juventus, didapati bersalah atas perakaunan palsu dan penggantungannya kemudian dilanjutkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Mac lalu.

Selepas meninggalkan peranannya di Tottenham, ia disahkan bahawa bekas pemain Itali itu masih boleh bekerja dalam arena bola sepak di bahagian perundingan, di mana agensi media PA juga difahamkan bahawa dia masih meneruskan peranan sama di Spurs sebelum ini.

Ketibaan Lange pada 1 November ini adalah antara usaha penyusunan semula kelab itu selepas Munn secara rasmi menyertai Manchester City bulan lalu manakala Leonardo Gabbanini, ketua pasukan pencari bakat, meninggalkan pasukan itu sehari kemudian.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video