Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Joao Pedro pastikan Manchester United gigit jari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mu.jpg
MANCHESTER UNITED 2-1 BRIGHTON

Manchester United terpaksa akur apabila tewas tipis kepada Brighton 1-2 dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium American Express, sebentar tadi.


Danny Welbeck sekali lagi menjadi duri dalam daging buat bekas kelabnya itu apabila membuka jaringan pertama hasil kesilapan Harry Maguire pada minit k-32.


 

Begitupun, Amad Diallo kembali menghidupkan permainan selepas menjaringkan gol penyamaan untuk kedudukan berubah pada minit ke-60. 


 

Pemain gantian, Alejandro Gernacho, hampir meletakkan The Red Devils mendahului buat pertama kali tetapi sepakannya terkena Joshue Zirkzee yang berada dalam kedudukan ofsaid.
 

Advertisement

Must Watch Video