Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Jika Palmer air yang dingin, saya api membara -- Noni Madueke

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palmer-and-madueke_1keqnkpvp0s4x1when7fgns1gl.jpg
Noni Madueke percaya gandingannya bersama Cole Palmer cukup seimbang selepas membantunya meledak hatrik ketika menang 6-2 ke atas Wolves.

Enzo Maresca meraih kemenangan pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris ihsan hatrik Madueke dalam tempoh 14 minit, selepas Matheus Cunha dan Jorgen Strand Larsen menafikan jaringan pembukaan Nicolas Jackson dan Palmer. Pemain baru, Joao Felix kemudian melengkapkan kemenangan bergaya The Blues ketika perlawanan berbaki 10 minit. 

Ini merupakan kali kelima gandingan dua pemain melengkapkan hatrik dan bantuan jaringan dalam aksi EPL, dan Madueke cukup berpuas hati dengan gandingan antara dirinya dan Palmer.

"Luar biasa. Dia dingin, dan saya api, jadi ia bergabung dengan cukup baik," kata Madueke kepada PLP.

"Dia memiliki keboleh untuk melakukan hantaran pada masa yang tepat. Saya pula gemar mendapat bola dan memiliki ruang, mengatasi pertahanan dan ia berlaku dalam perlawanan ini."
 

Maresca merupakan pengurus pertama dalam sejarah EPL yang menyaksikan pasukannya menjaringkan enam gol dalam perlawanan di tempat lawan pertamanya dalam pertandingan itu. 

Walaupun berpuas hati dengan kemenangan itu, Maresca mengakui masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan.

"Persembahan itu bagus. Saya rasa separuh masa pertama bukanlah persembahan yang lengkap, kami bermula dengan baik dalam 10 hingga 15 minit pertama, kami menjaringkan gol dan mempunyai dua atau tiga lagi peluang," katanya kepada Sky Sports.

"Kemudian kami kehilangan beberapa bola mudah. ​​Apabila anda mahu membina dari belakang, anda tidak boleh membiarkan diri anda kehilangan bola mudah, jika tidak, anda melepaskan bola mati dan serangan balas. Anda perlu lebih tepat. Secara keseluruhan, persembahan adalah baik."

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video