Gabriel Jesus berkata Arsenal perlju meningkatkan tahap permainan mereka untuk kekal berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas keciciran mata buat kali kedua berturut-turut.
The Gunners melepaskan kelebihan 2-0 sebelum terikat 2-2 dengan West Ham dalam perlawanan EPL hujung minggu lalu -- kali kedua berturut-turut mereka melepaskan pendahuluan dua gol.
Keputusan itu turut menyaksikan kelebihan mereka di tangga teratas EPL berkurangan kepada empat mata.
Jesus and Martin Odegaard meletakkan pasukan pelawat itu di depan seawal 10 minit pertama di Stadium London tetapi Said Benrahma dan Jarrod Bowen kemudian kembali menyamakan kedudukan buat West Ham.
Dengan Manchester City -- yang kini berada di tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan -- akan menjadi lawan mereka minggu depan, Jesus menggesa rakan sepasukannya untuk mengekalkan standard mereka dan mengelak daripada keciciran sebarang mata sehingga penghujung musim ini.
"Sekali lagi, tiga mata itu sepatutnya sudah ada dalam genggaman kami," katanya dalam laman web rasmi kelab itu.
"Amat jelas, perlawanan ini berlangsung 90 minit, bukannya 20 atau 30 minit.
"Sebagai satu pasukan, kami perlu meningkatkan tahap kami dan kembali kepada asas kami. Kami tahu kekuatan kami, kami tahu apa yang kami boleh lakukan.
"Kami mahu menyerang pihak lawan, dalam 10-20 minit peertama, kami melakukannya dengan amat baik. Selepas itu, kami mula menurunkan tahap pemainan kami dan amat jelas ia tidak sepatutnya berlaku jika anda mahu merebut kejuaraan.
"Sebagai satu pasukan, tiada masa untuk kami menyalahkan sesama kami. Kami perlu meningkatkan kembali tahap kami, kembali kepada asas kami dan memenangi perlawanan.
"Hanya itulah caranya untuk kami memenangi perlawanan dan itulah caranya untuk kami mampu berjuang merebut gelaran sekali lagi," katanya.
Arsenal akan menghadapi City di Stadium Etihad pada awal pagi Khamis depan tetapi sebelum itu, mereka akan melayani kunjungan pasukan di tangga tercorot, Southampton, hujung minggu ini.

New week. Fresh focus.
— Arsenal (@Arsenal) April 17, 2023
Our attention turns to Friday. pic.twitter.com/sngc86pWkL