EPL: Jawatan ini berat, singkat tapi menakjubkan -- Van Nistelrooy

Adli Aidy
November 11, 2024 13:53 MYT
Pengendali sementara Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, memuji semangat juang pasukan kendaliannya itu membelasah Leicester City di Old Trafford sebelum kehadiran Ruben Amorim yang akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus The Red Devils secara rasmi hari ini.
Dia yang merupakan legenda kelab itu mengambil alih tugas Ten Hag bulan lalu telah membantu pasukan mencatat perlawanan tanpa kalah buat United dengan tiga kemenangan dan satu aksi seri.

Emotional scenes after Ruud van Nistelrooy's last game in charge of Manchester United ? pic.twitter.com/78GPV23wXk

— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Masih belum ada sebarang berita tentang hala tuju Van Nistelrooy di bawah kendalian Amorim, namun bekas penyerang Manchester United itu bangga akan kejayaanya walaupun hanya sementara.
"Saya amat teruja selaku pengurus sementara Man United, walaupun dalam tempoh yang singkat, tetapi ia amatlah berharga.

‘We are @ManUtd and we’re never gonna stop’ ???? pic.twitter.com/0B1aIGF5X1

— Ruud van Nistelrooij (@RvN1776) October 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pasukan kini tidaklah berada dalam kedudukan yang selesa, tetapi semua orang berjuang demi kelab, itu yang penting." kata Van Nistelrooy
"Jawatan ini adalah tanggungjawab yang amat berat, saya mahu membantu Man United untuk berada di posisi yang lebih baik, itu adalah hala tuju saya. Dengan tiga kemenangan dan satu seri, ini adalah standard pasukan untuk terus maju kehadapan."
"Saya dapat rasa perasaan gembira dan teruja daripada penyokong, ini adalah Manchester United yang sebenar". katanya.
Untuk rekod, Manchester United kini berada di kedudukan ke-13 carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 15 mata.
#Manchester United #Ruud van Nistelrooy
;