EPL
EPL: Jamie Vardy anggap kempen Leicester City musim ini memalukan
Kapten Leicester City, Jamie Vardy, menyifatkan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 sebagai sangat memalukan selepas menyaksikan penyingkiran pasukannya ke Liga Kejuaraan disahkan pada Ahad lalu.
The Foxes tewas 0-1 kepada pendahulu liga, Liverpool, di Stadium King Power dengan jaringan Trent Alexander Arnold pada minit ke-76 memastikan penyingkiran mereka.
Sepanjang 33 perlawanan liga musim ini, mereka hanya mengumpul 27 gol sepanjang kempen dan merupakan jumlah paling rendah.
Iklan
LE2 ๐#LEILIV pic.twitter.com/lWsToqPLl9โ Leicester City (@LCFC) April 20, 2025
Vardy merupakan penjaring terbanyak Leicester dengan tujuh gol, meluahkan rasa kekecewaannya menerusi laman media social semalam.
"Pada ketika ini saya tidak tahu apa yang perlu dijelaskan. Tiada kata-kata yang dapat saya nyatakan untuk meluahkan perasaan marah dan saya sedih dengan cara musim ini berlalu.
"Selepas berada di kelab ini sejak sekian lama, kami melalui banyak kejayaan demi kejayaan, - namun musim ini hanya menyedihkan. Secara peribadi sangat memalukan.
"Kepada peminat saya meminta maaf, maaf menamatkan kempen 2024/25 dengan persembahan hambar." katanya.
Must-Watch Video