Penyerang Leicester City, Jamie Vardy menjaringkan gol ke-200 dan terakhirnya untuk kelab itu semalam di tengah-tengah laporan mengaitkannya dengan perpindahan ke Leeds United musim panas ini.
Vardy mengumumkan baru-baru ini bahawa dia akan meninggalkan Stadium King Power pada penghujung musim apabila kontraknya tamat.
Minggu ini, kelab itu mengesahkan pemain berusia 38 tahun itu akan bermain perlawanan terakhirnya untuk kelab semalam berbanding hujung minggu depan bagi memberikan penghormatan kepada pemain tersebut di hadapan penyokong tuan rumah.
Penyerang itu akan memahat penamat karier bersama The Foxes dengan gol sebelum permainan melewati 30 minit ketika Leicester menewaskan Ipswich 2-0 di East Midlands.
Ia meurpakan gol ke-200 dalam kariernya untuk Leicester adalah gol kesembilannya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dan spekulasi semakin berkembang sama ada Leeds akan mendapatkan Vardy atau sebaliknya.
Vardy dilahirkan di Sheffield berhampiran dan sudah menyatakan hasratnya untuk terus bermain di liga utama musim depan.