Skip to main content

Bola Sepak

EPL: James Maddison harap Harry Kane kekal di Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane.jpg
James Maddison gembira sekiranya Harry Kane kekal di Tottenham tetapi menegaskan bahawa spekulasi yang menyelimuti penyerang itu tidak akan mengganggu rakan sepasukan barunya di kelab berkenaan.

Maddison menjadi antara pemain terawal dibeli Spurs sebagai permulaan era Ange Postecoglou apabila melengkapkan perpindahan £40 juta (RM231.71 juta) daripada Leicester City pada 28 Jun lalu.

Lima minggu selepas itu, masa depan Kane terus menjadi perbualan utama dengan Bayern Munich kini dilaporkan bersedia untuk melancarkan tawaran terbaru bagi mendapatkan penyerang berusia 30 tahun berkenaan.

Bagaimanapun, Maddison, bercakap kepada TNT Sports dalam satu acara pembukaan musim di London, berkata: "Ia tidak menjadi sebarang gangguan, Harry amat profesional.
 
"Saya tidak akan mengulas secara terperinci kerana saya tidak tahu apa-apa dan kita perlu menghormati situasi Harry.

"Kita semua tahu bagaimana sikap Harry Kane, dia seorang yang amat profesional dan di mana sahaja kelab yang diwakilinya, apabila dia turun ke sesi latihan, dia akan memberikan 100 peratus, sama juga dengan semua pemain di sini, jadi ia bukanlah satu gangguan.

"Kami bersahabat dalam skuad England sebelum saya menyertai Tottenham, kami memiliki minat yang sama dan kami juga akrab di luar bola sepak.

"Saya gembira sekiranya Harry kekal di sini. Pada pandangan saya, dia pemain nombor sembilan terbaik di dunia tetapi apa sahaja boleh berlaku dan Harry seorang yang amat profesional," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video