Pihak pengurusan tertinggi bekas juara Liga Perdana Inggeris musim 2012/13, Manchester United, memutuskan status terkini mengenai pemain sayap, Jadon Sancho, yang dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund.

Menerusi perbincangan yang diadakan, pemain berusia 24 tahun itu tetap akan dijual musim panas ini meskipun tidak mengetahui sama ada Erik ten Hag akan kekal sebagai jurulatih atau tidak.

Menurut kemas kini terbaru wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, pemain kebangsaan England itu tiada dalam perancangan The Red Devils bagi mengharungi cabaran musim depan.

Mereka menuntut kira-kira £40 juta (RM 18 juta) sebagai tanda harga pemain itu kepada mana-mana kelab khususnya naib juara Liga Juara-juara Eropah (UCL) yang menginginkan kembali khidmatnya sebagai pemain tetap di sebalik mahu menjimatkan kos kewangan keseluruhan operasi pasukan.

Sebagai rekod, Sancho telah menjaringkan sebanyak 11 gol dalam 78 penampilan bersama Manchester United sejak musim 2021/22.