Arsenal dan City merupakan dua pasukan yang masih belum tewas dalam saingan liga selepas enam perlawanan dengan kedua-duanya sudah mengumpul 14 mata dengan perbezaan satu mata berbanding Liverpool yang berada di puncak liga.
Selepas pencabar terdekatnya itu kehilangan khidmat perancang utama, Rodri, pemain berusia 23 tahun itu percaya The Gunners mempunyai peluang terbaik untuk merangkul trofi EPL musim ini.
Captaining in the Champions League ✅
— Arsenal (@Arsenal) October 2, 2024
Scoring in the Champions League ✅
Our Bukayo Saka. pic.twitter.com/bVVyFm75I8
"Saya tidak mahu memberikan terlalu banyak tekanan kepada pasukan tetapi saya fikir ini adalah tahunnya," katanya kepada CBS Sports selepas menewaskan Paris Saint-Germain.
"Tahun-tahun sebelum ini, saya banyak menjadi naib juara. Cuma semangat dalam diri saya yang mahu saya menang musim ini dan semestinya saya mempercayai diri sendiri.
?✨ Bukayo Saka on winning the Premier League title: "I don’t wanna put too much pressure on us… but I do think this is the year".
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 2, 2024
"We’ve been close the last two years, we’re getting closer… I hope this will be the year", told CBS. pic.twitter.com/wgnHu66L6L
"Dengan dua perkara membantu, kami percaya pada diri kami sendiri dan kami percaya kami pasukan terbaik."