Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Hujan, ancaman ribut petir tidak halang perarakan trofi Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

city-parade.jpg
Hujan dan ancaman ribut petir tidak menghalang Manchester City untuk melakukan perarakan keraian gelaran 'treble' mereka di atas bas tidak berbumbung awal pagi tadi.

Ribuan penyokong membanjiri jalanan untuk memberikan sorakan buat pasukan bimbingan Pep Guardiola itu, yang meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan Inter Milan di Istanbul hujung minggu lalu selepas turut menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA.

Akses ke pentas persembahan di St Peter’s Square pada awalnya ditangguhkan berikutan laporan kaji cuaca yang meramalkan cuaca hujan dan ribut petir di kawasan itu sebelum kelab berkenaan mengumumkan bahawa perarakan trofi dari Beetham Tower ke Deansgate akan diteruskan.
 
Pasukan itu menaiki trem ke St Peter’s Square, di mana empat bas kemudian bergerak ke Deansgate dan Cross Street sebelum melalui King Street, Brown Street dan kemudian Booth Street sebelum berakhir di Nicholas Street.

Pemain pertahanan, Nathan Ake, memegang trofi EPL untuk meraikannya bersama penyokong City, yang sanggup meredah hujan dan ramai daripada mereka juga sanggup berjalan kaki mengiringi pasukan itu ke pentas utama.

Pemain tengah, Phil Foden, pula membawa trofi UCL sambil Guardiola mencuri tumpuan dengan adegannya menghisap cerut.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video