Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Harvey Barnes lengkapkan perpindahan ke Newcastle daripada Leicester

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harvey-barnes.jpg
Newcastle United melengkapkan proses perindahan mendapatkan bekas pemain utama Leicester City, Harvey Barnes, selepas sekian lama memburu pemain itu.

Pemain sayap berusia 25 tahun itu, yang sekian lama menarik perhatian The Magpies, menandatangani kontrak lima tahun selepas kedua-dua kelab berkenaan bersetuju dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan biarpun ia difahamkan melibatkan tanda harga £38 juta (RM223.31 juta).

Newcastle berkata dalam satu kenyataan: "Newcastle United dengan sukacitanya mengumumkan kemasukan pemain sayap, Harvey Barnes, dengan yuran yang tidak didedahkan.

"Pemain berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak lima tahun."

Barnes, yang ke Tyneside untuk menjalani ujian perubatan minggu lalu, merupakan pemain baru ketiga ditandatangani Newcastle -- yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tempat keempat -- selepas ketibaan pemain tengah AC Milan, Sandro Tonali, dan penyerang Odense, Yakuba Minteh, awal bulan ini.

Graduan akademi The Foxes itu elah melakukan 187 penampilan bersama Leicester, yang tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan. 

Dia juga pernah memenangi Piala FA pada 2021 dan merupakan pemain kebangsaan England. 

 
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Isnin, 15 Dis
12:30 AM
Brentford-team-logo Brentford
Leeds United-team-logo Leeds United
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video