Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Harry Maguire raih pujian rai penampilan ke-250

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-maguire.jpg
Harry Maguire dihujani pujian selepas penampilan cemerlang sebelum dikeluarkan pada minit ke-70 dalam kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Chelsea, awal pagi tadi. 

Selepas dimalukan Manchester City 0-3 minggu lalu, pengurus The Red Devils, Ruben Amorim, merombak bahagian pertahanan dengan mengetengahkan khidmat Maguire sambil mengetepikan Leny Yoro berikutan risiko bola pegun daripada pihak lawan -- Chelsea meledak empat gol dalam empat perlawanan. 

Pertahanan tersebut dihadiahkan jersi di dalam bingkai sebelum sepak mula untuk meraikan penampilannya yang ke-250 untuk kelab itu sejak tiba pada 2019. 

Ironinya, kemunculan sulungnya bersama United menghasilkan kemenangan 4-0 ke atas Chelsea.


 


Pertahanan itu kemudian menyiarkan di Instagram: 250 perlawanan untuk sebuah kelab yang mengagumkan. 

"Perjuangan dan semangat yang hebat ditampilkan pemain pada hari ini, masa untuk mara."

Ketua pasukan United, Bruno Fernandes, mencelah: "Persembahan hebat lelaki hebat".

Dan komen bekas rakan sepasukannya di Old Trafford, Nemanja Matic, menyusul: "Tahniah lelaki hebat".

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video