BRIGHTON & HOVE ALBION 1 SHEFFIELD UNITED 1
Gol sendiri Adam Webster menjadi penutup hari malang Roberto De Zerbi ketika Brighton terikat 1-1 dengan pasukan tercorot, Sheffield United, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Falmer malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan Sheffield mengelak daripada terus menjadi pasukan di tangga terbawah dengan mengikat 10 pemain tuan rumah.
Terdahulu, Simon Adingra terlebih meletakkan The Seagulls di depan dengan larian solo menariknya seawal minit keenam.
Bagaimanapun, hari malang tuan rumah bermula pada minit ke-69 apabila Mahmoud Dahoud dilayangkan kad merah gara-gara terjahannya ke atas Ben Osborn.
Malang itu berterusan menuju ke penghujung permainan apabila Adam Webster terjaring ke gawang sendiri susulan percubaan Jayden Bogle.
Brighton, yang menewaskan Ajax di peringkat Eropah pada awal pagi Jumaat lalu, kini gagal mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan EPL berturut-turut -- rekod terburuk De Zerbi sejak tiba di South Coast tahun lalu.

How important could this be for Sheff Utd? ? pic.twitter.com/1Iyd0sG7Gz
— Premier League (@premierleague) November 12, 2023
Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM