EPL: Guardiola restui cabaran baru Julian Alvarez ke Atletico
Ogos 10, 2024 11:28 MYT
Pep Guardiola menegaskan bahawa dia berminat untuk mengekalkan Julian Alvarez di Manchester City walaupun perlu mengucapkan selamat jalan kepadanya.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Julian. Kami memenangi segala-galanya, sumbangannya sangat besar," kata pengurus menjelang pertemuan Perisai Komuniti City dengan Manchester United, malam ini.
"Dia sangat disayangi oleh pasukan kerana tingkah lakunya tetapi jika dia mahu pergi demi menyahut cabaran baru, dengan Atletico sebagai kelab terbaik dan jika dia berhasrat untuk berhijrah maka tidak mengapa. Kami mendoakan yang terbaik untuknya.
“Banyak yang saya pelajari daripadanya, harap dia dapat jumpa apa yang dicari.
????? ?????????? ? United (N) ? #CommunityShield ?️ @PepTeam ⤵️ Watch live
— Manchester City (@ManCity) August 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak tahu sebabnya, dia cuma berkata mahukan cabaran baharu, dia rasa itulah yang perlu dilakukannya. Musim lalu dia kerap diturunkan untuk bergandingan bersama Erling, namun saya faham pada saat-saat tertentu dia tidak beraksi.
"Saya sudah berpesan kepada kelab berkali-kali tetapi pada akhirnya, kelab mempunyai keputusan akhir, apatah lagi kontrak boleh ditebus.
"Jika pemain tidak gembira, mengapa mereka perlu berada di sini? Dia percaya tempohnya di sini sudah berakhir jadi baiklah, kedua-dua kelab sudah mencapai persetujuan dan itu sahaja."