Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Guardiola optimis Manchester City masih ada harapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berasakan masih terlalu awal untuk risau mengenai langkah kanan Arsenal yang sedang berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Jurulatih berusia 54 tahun itu terpaksa akur selepas Matty Cash memacu Villa menewaskan pasukannya 0-1  untuk tiga musim berturut-turut di Villa Park malam tadi.

City kini berada di tangga kelima dengan tujuh mata dibelakang pendahulu liga itu, malah dia mahu terus tenang dalam merapatkan jurang kedudukan selepas bergelut dalam awal musim sebelum ini.


 


"Arsenal sangat kukuh selama bertahun-tahun, kali ini kebimbangannya adalah bagaimana kami boleh meningkat naik, lebih baik dan lebih baik lagi untuk merapatkankan kedudukan.

"Saya berasa bimbang sebelum rehat antarabangsa (September lalu) apabila kami berada di kedudukan ke-14 dalam carta liga dengan mereka mendahului dengan tujuh hingga lapan mata dihadapan.

"Jika mereka memenangi semua perlawanan dan menang gelaran, tahniah kepada mereka. Tetapi saya berasakan pasukan ini masih hidup dan baik." katanya.

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video