EPL: Guardiola mahu 'mulakan semula' selepas Manchester City terus dilanda badi kekalahan

Hanis Natasya
Disember 2, 2024 14:08 MYT
Pep Guardiola mahu "memulakan semula dan bermula dari awal" selepas Manchester City tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
Cody Gakpo dan Mohamed Salah menemui sasaran untuk The Reds mendahului City, yang menduduki tangga kelima liga, dengan 11 mata, sekali gus kekal di puncak EPL.
Juara bertahan, City, mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan liha musim ini, yang merupkan rekod terburuk mereka sejak Ogos 2008, di mana mereka kini tidak menang sepanjang tujuh perlawanan dalam semua pertandingan.
Malah, ia adalah kali pertama sepanjang tempoh pengurusan Guardiola pasukannya tewas empat perlawanan liga berturut-turut.
Dalam perlawanan itu, City menghasilkan sebarang percubaan sehingga minit ke-39, yang merupakan rekod paling lama dalam perlawanan liga sejak tewas kepada Arsenal pada April 2010 (58 minit).
“15-20 minit pertama, mereka tidak dapat dihalang, mereka bermula dengan begitu kuat, kami cuba bermain dengan banyak kawalan dan hantaran bola tetapi sukar untuk menghadapinya,” kata Guardiola kepada Sky Sports.
"Mereka berhak mendapat gol pertama tetapi kami memulakan separuh masa pertama dengan bagus dan berjuang dengan baik dalam separuh masa kedua tanpa memberikan ancaman. Saya sedar kekuatan Liverpool dalam kedua-dua kawasan permainan.
"Sukar untuk dipercayai tetapi saya mengucapkan tahniah kepada mereka dan kami akan mulakan semula dari awal. Pemain-pemain ini sangat penting bagi saya. Saya sedar prestasi mereka dalam peranan ini. Menjelang akhir musim, kami tahu apa yang akan berlaku.
"Tidak banyak pilihan untuk kami tetapi kami sentiasa boleh membuat hantaran pendek. Memandangkan saya sedar akan dedikasi mereka sewaktu gerakan tanpa bola, apa yang boleh saya ucapkan ialah terima kasih.
"Mungkin saya mempunyai perasaan dalam diri saya bahawa kami akan membina sesuatu daripada ini. Kami akan memulakan semula dan mencuba untuk mencipta rekod lebih baik.
"Ada masa di mana mungkin ia akan berhasil. Saya mengucapkan tahniah kepada Liverpool, mereka berhak mendapat kemenangan dan sebaik sahaja kami menerima keadaan semasa, kami akan meneruskan."
Sebelum wisel penamat di Anfield, penyokong Liverpool kedengaran menjerit, "Anda akan dipecat pada pagi ini."
Guardiola mengangkat enam jari - satu untuk setiap gelaran Liga Perdana yang dimenanginya - untuk menunjukkan betapa dominannya City kebelakangan ini.
"Semua di stadium mahu memecat saya, ia bermula sewaktu di Brighton!" katanya.
"Mungkin mereka betul dengan keputusan yang kami peroleh.
"Saya tidak menjangkakannya di Anfield. Mereka tidak melakukannya sewaktu di kedudukan 1-0 tetapi di kedudukan 2-0. Mungkin mereka sepatutnya menyanyikannya sebelum ini.
"Saya tidak menjangkakan ia daripada penyokong Liverpool tetapi tidak mengapa, ia adalah sebahagian daripada permainan ini dan saya faham sepenuhnya. Kami telah melalui persaingan yang luar biasa bersama. Saya menghormati mereka."
City telah memenangi Liga Perdana sepanjang empat musim lalu tetapi mereka kini meletakkan diri dalam keadeaan sukar untuk meneruskan kejayaan itu buat tahun kelima bagi mencipta sejarah baru.
Menurut superkomputer Opta, sebelum hujung minggu bermula, City mempunyai kebarangkalian 9.5% untuk sekali lagi memenangi gelaran itu tetapi kini mereka hanya mempunyai peluang 4.4%.
"Musim ini panjang tetapi saya ada menyebut sebelum perlawanan ini bahawa kami tidak berada dalam kedudukan untuk berfikir tentang sasaran.
"Kami perlu berfikir tentang membuat keputusan dan kemudian beberapa pemain akan kembali, dan kemudian kami akan menjadi lebih baik, dan kami akan mempercayainya, mungkin. Terdapat banyak perkara untuk diperjuangkan dan kami akan cuba," tambahnya.
#bola sepak #Manchester City #Pep Guardiola #Liverpool #EPL #Liga Perdana Inggeris
;