EPL: Guardiola kecewa sentuhan penyudah tidak menyebelahi Man City
Ammar Hakim
September 29, 2024 10:05 MYT
September 29, 2024 10:05 MYT
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, meratapi sentuhan penyudah pasukannya selepas seri 1-1 dengan Newcastle United semalam.
City mendahului separuh masa pertama menerusi Josko Gvardiol, selepas gerakan yang dimulakan Jack Grealish membantu menghasilkan jaringan, namun kembali terikat apabila Anthony Gordon memenangi dan menyempurnakan sepakan penalti selepas perlawanan bersambung di babak kedua.
Di sebalik menghasilkan 16 percubaan, dan enam menemui sasaran, City gagal menemui jalan mendapatkan gol kemenangan.
Erling Haaland gagal meneruskan rentak jaringan, manakala Nick Pope menafikan percubaan Bernardo Silva di penghujung permainan, menyaksikan City menamatkan 14 perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris di mana mereka meledak lebih daripada satu jaringan berakhir.
Guardiola yang tidak dapat berselindung daripada kekecewaan memberitahu TNT Sports, "Kami melakukan beberapa keputusan yang salah yang akhirnya menghukum pasukan. Sukar untuk beraksi di sini dengan kemampuan mereka daripada segi fizikal dan corak pertahanan yang cukup ampuh.
"Kami memiliki peluang namun Pope beraksi cemerlang jadi kami perlu berpuas hati dengan satu mata.
"Apabila kami menjaringkan gol kami bermain dengan lebih baik. Kami malakukan kesilapan dan selepas itu lawan mempamerkan corak permainan yang lebih baik."
Thank you for unbelievable support again up in Newcastle ? Safe trip home. See you in Bratislava on Tuesday ? pic.twitter.com/HQ6Yy9mHzX
— Manchester City (@ManCity) September 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.