Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Guardiola harap John Stones segera kembali perkuat Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
Manchester City akan sekali lagi turun tanpa khidmat John Stones dan Bernardo Silva menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menentang Wolves malam ini.

Bagaimanapun, pengurus pasukan itu, Pep Guardiola, berkata keadaan Stones kini sudah jauh lebih baik.

Pertahanan itu tidak pernah beraksi sejak membantu City bertemu Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti pada 6 Ogos lalu gara-gara kecederaan pinggul.

Juara 'treble' musim lalu itu turut terpaksa mengeluarkan Silva ketika berdepan Red Star Belgrade dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu lalu gara-gara kecederaan kecil sambil Kevin de Bruyne juga sedang menjalani pemulihan kecederaan paha.

Guardiola berkata dalam sidang media: "Kami menjalani latihan tengah hari tadi.

"Saya rasa John masih belum bersedia, Kevin juga masih belum bersedia dan Bernardo Silva juga belum cergas. Selebihnya saya rasa baik-baik sahaja.

"Dia (Stones) sudah jauh lebih baik. Saya ada bercakap dengannya, dia berasa amat bagus. Dia berlatih berseorangan tetapi minggu depan, atau mungkin selepas bertemu RB Leipzig (Khamis ini), dia akan bermain semula," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video