Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maddison.jpg
TOTTENHAM HOTSPURS 1 MANCHESTER UNITED 0

Tottenham Hotspurs memperoleh kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Manchester United 1-0 di laman sendiri, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Ange Postecoglou menewaskan Brentford dua minggu lalu bagi menamatkan kemarau tujuh perlawanan tanpa kemenangan, dengan Spurs memperoleh kemenangan mereka di Stadium Tottenham Hotspur sejak awal November lalu.


 


Mereka terpaksa bertahan dengan jaringan tunggal yang dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana hasil rembatan Lucas Bergvall.

Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund memperoleh peluang masing-masing untuk jaringan The Red Devils, namun, kecekapan Guglielmo Vicario menafikan setiap percubaan itu untuk pasukan tuan rumah mempertahankan satu gol awal mereka hinggi wisel penamat ditiupkan.

Kemenangan itu memacu Spurs naik ke tangga ke-12 liga dengan 30 mata, manakala United di tangga ke-15 dengan perbezaan jurang satu mata.


 


Untuk rekod, Postecoglu tidak pernah tewas kepada United dalam saingan EPL sepanjang empat pertemuan jurulatih berusia 59 tahun itu dan United telah tewas lapan daripada 12 aksi terakhir mereka.

Advertisement

Must Watch Video