EPL
EPL: Gol tunggal Alexander-Arnold sahkan penyingkiran Leicester City
Leicester City tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas jaringan tunggal Trent Alexander-Arnold memacu kemenangan Liverpool 1-0 di Stadium King Power, malam tadi.
Pertahanan kanan itu memberikan impak selepas Kembali daripada kecederaan bersama pasukan untuk memastikan Liverpool meraih satu lagi kemenangan sebelum mengesahkan status selaku juara liga.
Percubaan Mohamed Salah hanya menerjah palang gol sebanyak dua kali dalam tempoh tiga minit, sebelum percubaan Wilfred Ndidi turut terkena tiang gol.
Iklan
Mads Hermanses mempamerkan prestasi terbaiknya selaku benteng terakhir Leicester dengan menafikan beberapa percubaan daripada Salah, Cody Gakpo dan Kostas Tsimikas ketika The Reds meningkatkan tekanan di bahagian serangan.
Begitupun, Foxes beranggapan mereka telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-67 menerusi Conor Coady, namun gol itu tidak dibenarkan susulan Patson Daka mengasari Alisson Becker.
Dalam situasi huru-hara di hadapan gawang, sepakan voli Alexander Arnold memastikan gol buat pasukan pelawat untuk menewaskan Hermansen pada minit ke-76.
Liverpool kini mempunyai kelebihan13 mata ke atas Arsenal selaku pencabar terdekat, dan keputusan itu menyaksikan Leicester tersingkir dengan baki lima perlawanan lagi selepas menduduki tangga ke-19 dengan hanya 18 mata.
Must-Watch Video