Jaringan Leandro Trossard memastikan Arsenal menamatkan aksi buruk di Goodison Park dengan kemenangan 1-0 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Di sebalik kemenangan itu, Arsenal mempamerkan aksi goyah dalam mencerminkan diri sebagai pencabar utama gelaran EPL musim ini.
Jaringan kedua pemain kebangsaan Belgium itu sejak dia menyertai kelab berkenaan pada Januari lalu tidak dapat mengembalikan aksi dominan Arsenal seperti dalam perlawanan terdahulu tetapi sudah cukup untuk menambah derita Everton, yang bergelut dengan empat kekalahan dan satu keputusan seri dalam saingan liga setakat ini.
Dan kemenangan tipis itu juga sudah cukup untuk memastikan The Gunners mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini, di mana mereka kini hanya dibezakan dua mata dengan pendahulu liga, Manchester City, dan hanya ketinggalan daripada segi perbezaan jaringan dengan Tottenham dan Liverpool.
A BIG team win ✊ pic.twitter.com/PXb9Mjv8j7
— Arsenal (@Arsenal) September 17, 2023