EPL: Gabriel Jesus hadapi musim baru dengan aura berbeza -- Arteta
Ogos 8, 2024 08:51 MYT
Mikel Arteta telah melihat "sesuatu yang berbeza" daripada penyerang Gabriel Jesus berbanding musim lalu selepas pemain Brazil itu mempamerkan prestasi mengagumkan ketika menguji Bayer Leverkusen.
Jesus -- yang menyumbangkan empat gol dalam 27 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu -- mencapai sasaran dengan penyudah yang baik menentang juara Bundesliga itu, awal pagi tadi.
Pemain berusia 27 tahun itu gagal menjaringkan gol dalam 10 penampilan liga terakhirnya selepas kembali daripada kecederaan lutut, dengan Kai Havertz membintangi kedudukan nombor sembilan sepanjang ketiadaannya.
Arteta, bagaimanapun, kagum dengan persembahan Jesus dalam pramusim dan menyasarkan sentuhan penyerangnya itu akan lebih tekal tahun ini.
"Saya sudah mengatakannya sejak hari pertama lagi dan di penghujung musim lalu, saya mendapati sesuatu yang berbeza daripadanya," kata pengurus berbangsa itu.
Inch-perfect from Gabby ? Check out the highlights from tonight's 4-1 victory ?
— Arsenal (@Arsenal) August 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya dapat berasakannya. Tenaganya berbeza, cara dia melihat sudah berbeza, cara dia bergerak juga berbeza. Dia benar-benar memasang hajat besar.
"Sekarang ini mengenai mencari ketekalan sentuhannya itu dan melakukannya dalam apa jua konteks, mampu menghadapi mana-mana lawan, menentang mana-mana formasi, mana-mana hari, setiap tiga hari, selama 90 minit, selama 30 minit, selama 70 minit.
"Jika anda menghasilkan dalam keadaan itu? Ia kelihatan baik."