Thomas Frank sedar pertembungan Tottenham dan Arsenal pada malam esok lebih sekadar perlawanan persahabatan.
Tottenham akan berdepan seteru ketat utara London itu buat pertama kali di luar United Kingdom (UK) apabila mereka bertemu di Hong Kong dalam perlawanan pramusim.
Frank berdepan Arsenal sembilan kali ketika mengendalikan Brentford yang menyaksikannya tumpas enam kali dan seri dua kali.
Kemenangan tunggal yang dinikmatinya adalah menerusi perlawanan pertama The Bees ketika memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) sulung mereka dengan kejayaan 2-0 ke atas The Gunners.
Frank, yang dengan berat hati untuk mengakui Arsenal adalah antara pasukan terbaik di dunia, menegaskan pasukannya akan melakukan segala yang terdaya untuk menundukkan pencabar mereka itu.
"Saya fikir ia adalah satu cabaran yang besar," katanya.
"Selain menjadi pesaing utama kami dan 'derby' London utara di luar UK yang pertama, mereka juga antara pasukan terbaik.
"Malangnya, saya harus berkata sedemikian. Kami harus jujur.
"Jadi, dengan cara itu, pertemuan ini lebih sekadar ujian. Apabila menentang Arsenal, ia bukan setakat perlawanan persahabatan.
"Ia akan menjadi perlawanan di mana kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk menang."