Arne Slot berkata Florian Wirtz harus mencapai tanda aras yang ditetapkan oleh Mohamed Salah demi memenuhi jangkaan Liverpool terhadap pembelian termahal mereka itu.
Wirtz akan membuat penampilan sulung dalam Liga Perdana Inggeris apabila juara itu membuka kempen musim ini menentang Bournemouth di laman sendiri, awal pagi esok.
Slot percaya pemain antarabangsa Jerman itu telah mengharungi sesi menyesuaikan diri dan mereka sudah menyandarkan tinggi terhadapnya.
Pengurus itu percaya Wirtz mampu memberi impak besar dengan mencontohi Salah yang terus menetapkan standard di The Reds dengan meledak sembilan gol dalam tujuh perlawanan pembukaan.
Ditanya sama ada Wirtz adalah pemain yang akan membawa Liverpool ke peringkat seterusnya, Slot menjawab: "Itu adalah sesuatu yang saya hanya boleh jawab pada tahun-tahun akan datang. Semua yang kami jangkakan adalah sangat positif tetapi antara mengharapkan dan menyedari sesuatu adalah berbeza.
"Mengapa Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan Mo dipandang tinggi? Kerana mereka sentiasa cergas.
"Setiap perlawanan mereka cergas dan itu adalah sesuatu yang perlu ditunjukkan oleh Florian dalam liga seperti kami. Jika dia mampu kekal cergas maka peminat kami akan melihat detik-detik hebat."