EPL: Fizikal Mohamed Salah macam orang muda -- Klopp
Shaiful Shamsudin
Oktober 28, 2023 10:56 MYT
Oktober 28, 2023 10:56 MYT
Jurgen Klopp percaya Mohamed Salah masih mempunyai tubuh pemain muda walaupun pemain Mesir itu semakin berpengalaman luas.
Salah masuk sebagai pemain gantian untuk mendapatkan gol terakhir Liverpool dalam kemenangan Liga Europa 5-1 ke atas Toulouse, semalam untuk jaringan Eropah ke-43 untuk kelab it, secara tidak langsung melepasi rekod Thierry Henry yang mencatatkan 42 gol buat Arsenal sebagai yang terbanyak dijaringkan oleh mana-mana pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk satu kelab tunggal di peringkat benua.
Ia berlaku selepas pemain berusia 31 tahun itu mencetak kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Everton, minggu lalu, dan bermakna Salah kini telah menyumbangkan gol atau membantu jaringan dalam setiap 13 perlawanan terakhir liga.
Salah menyasarkan untuk melanjutkan rekod berkenaan apabila melawat Nottingham Forest esok dan Klopp bukan sahaja menikmati kematangan persembahan anak buahnya itu, malah percaya Salah masih mempunyai ciri-ciri fizikal untuk menandingi sesiapa sahaja.
“Di luar padang, dia berkelakuan seperti orang dewasa tetapi selain itu dia masih kelihatan seperti seorang pemain muda,” kata pengurus itu.
“Dia sangat cergas. Saya fikir jika kita boleh andaikannya mungkin dalam lingkungan 19 atau 20 tahun kerana dia mengekalkan fizikalnya dalam keadaan yang baik.
“Dia mempunyai pemahaman tentang sukan ini. Itulah yang kami cuba terapkan kepada pemain muda. Mereka semua tahu banyak tentang bola sepak bahawa kerjaya mereka mungkin berakhir pada usia 35 tahun atau anda boleh mendapatkan maklumat lebih berguna seperti ini dengan lebih awal.
“Mengenai Mo, dia lebih memahami keadaannya. Dia tahu bagaimana pemain perlu bertindak balas terhadapnya dan jika dia tidak dapat menjaringkan gol, dia masih boleh menjadi ancaman buat kami dan itu faktor yang sangat penting… Saya tidak boleh membandingkan Mo dengan pemain berusia 30 tahun yang lain kerana saya tidak fikir ada pemain yang memiliki biologi sepertinya.”
— Liverpool FC (@LFC) October 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Klopp mengakui dia tidak menyedari bahawa Salah telah mengatasi jumlah rekod Eropah milik Henry tetapi dengan segala rekod yang telah dipecahkan pemain Mesir itu sepanjang di Anfield, ia bukanlah sesuatu yang mustahl.
“Mungkin dia akan memecahkan beberapa rekod lagi jika saya lebih berminat untuk membantunya kerana kadangkala saya merehatkan sedangkan dia boleh memecahkan rekod,” katanya lagi.
“Ia tidak disengajakan tetapi saya tidak terlalu meminati perkara sebegini.
“Dia memecahkan rekod ketika menentang Toulouse tetapi dia lambat laun dia tetap akan memecahkannya dalam dua atau tiga minggu lagi. Dia seorang pemain yang bagus.
"Kami menghargainya dan kita akan lebih menghargainya selepas bersara, apabila kita menyedari kita telah melihat sesuatu yang sangat istimewa."