Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Everton melengkapkan perpindahan Thierno Barry dari Villarreal!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

everton.jpg
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton, telah melengkapkan perpindahan penyerang baharunya, Thierno Barry, dari Villarreal dengan yuran sebanyak 27 juta pound.

Penyerang bawah 21 tahun Perancis itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Toffes sehingga penghujung Jun 2029.

Dalam pada itu, Barry masih mempunyai baki kontrak bersama Villarreal, tetapi Everton berjaya merunding bayaran lebih rendah untuk pemain berusia 21 tahun itu.

Untuk rekod, Barry berjaya menghasilkan 11 gol dan mencatatkan empat bantuan gol dalam 38 perlawanan musim lalu ketika kelab Sepanyol itu menamatkan saingan di tangga kelima LaLiga dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dengan itu, kehadiran Barry mampu perkuat jentera senranfgan Everton selepas Dominic Calvert-Lewin meninggalkan kelab ekoran kontraknya tamat.

Advertisement

Must Watch Video