Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Estevao perencah kemenangan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

estavao.jpg
CHELSEA 3 WOLVES 0

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mengakui Estevao Willian meningkatkan tenaga di Stamford Bridge yang cemas sebelum membantu The Blues menewaskan Wolves 3-0 untuk menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL). 


Tuan rumah diejek dalam babak pertama setelah buntu ketika mendominasi kelab tercorot itu.

Namun, stadium keramat itu gamat jua menerusi gol tandukan Malo Gusto -- enam minit sebaik separuh masa kedua bermula -- dan suasana bertambah rancak apabila pemain remaja Brazil itu dimasukkan dan segera melorongkan gerakan gol kedua untuk Joao Pedro.

Pedro Neto pula menokok jaringan ketiga menerusi hantaran lintang Alejandro Garnacho dan walaupun tidak mencetak sebarang gol, tumpuan sekali lagi kelihatan terarah kepada Estevao.

“Saya sangat risau sebelum perlawanan ini,” kata Maresca mengenai tonggak dari Brazil berusia 18 tahun itu yang masih dalam proses menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.


 

“Ini adalah satu perlawanan terburuk, ia perlawanan yang sukar. Semua orang berfikir ia akan mudah.

“Saya faham ramai yang tidak gembira dengan aksi babak pertama memandangkankami tidak menyumbat gol.

"Sebaik Estevao dimasukkan, tenaganya menghangatkan suasana perlawanan dan ramai menyukai pemain sepertinya."
 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video