Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Erling Haaland bawa Manchester City kembali ke landasan kemenangan atasi Brighton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
MANCHESTER CITY 2 BRIGHTON & HOVE ALBION 1

Manchester City bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut dengan memastikan kemenangan 2-1 ke atas Brighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam tadi.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu tergelincir dari kedudukan teratas EPL selepas tewas kepada Arsenal dan Wolves sebelum waktu rehat antarabangsa tetapi kini kembali menemui rentak kemenangan untuk mengatasi Seagulls, sekali gus kembali ke puncak liga.

Julian Alvarez memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah seawal minit ketujuh menerusi penyudah tenangnya selepas menerima hantaran Jeremy Doku sebelum Haaland menjadikan kedudukan 2-0 hasil jaringan kaki kirinya dari jarak 18 ela pada minit ke-19.

Pemain yang dipinjam Brighton dari Barcelona, Ansu Fati, merapatkan jurang buat pelawat pada minit ke-73 tetapi tuan rumah mengekalkan kedudukan itu untuk meraih kemenangan ketujuh dalam saingan liga musim ini biarpun Manuel Akanji dilayangkan kad merah dalam waktu kecederaan.
 

Advertisement

Must Watch Video