EPL: Erik Ten Hag masih realistik MU mampu layak ke Liga Juara-Juara

Saufi Tahir
April 4, 2024 10:10 MYT
Pengurus Manchester United, Erik Tan Hag, berjanji untuk terus berjuang dan bersikap realistik bagi melayakkan kelab itu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) walaupun ramai pemain sedang berada dalam kecederaan.
Selepas memenangi Piala Carabao dalam musim pertama dia di Old Trafford, prestasinya jelas jatuh mendadak pada musim ini dan harapan untuk para peminat melihat Red Devils kembali ke saingan tertinggi di Eropah itu semakin pudar.
Perlawanan berdepan Chelsea merupakan salah satu daripada baki sembilan perlawanan yang tinggal untuk kelab yang ketika ini menduduki kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), malah ketinggalan 11 mata dibelakang Aston Villa yang berada di kedudukan empat terbaik kini.

⭐️ "He's a fantastic football player." ⭐️ The boss on Mason Mount's return to the side, and how his minutes will be carefully managed ⤵️#MUFC || #PL

— Manchester United (@ManUtd) April 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mempunyai standard yang tinggi dan saya sendiri akan kecewa jika kami tidak layak ke saingan UCL.
"Saya tahu kami dalam keadaan yang sukar kerana kami tidak berada pada kedudukan yang baik dalam liga.
"Kami akan terus berjuang sehingga akhir. Saya sedar kedudukan kami sekarang dan kami perlu kejar. Saya juga tahu kami mempunyai banyak masalah jadi saya juga seorang lelaki yang realistik." katanya.
;