Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Eddie Howe kagum aksi Callum Wilson ubah permainan ketika Newcastle atasi Southampton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

callum-wilson-scored-twice-from-the-bench-as-newcastle-came-from-behind-to-beat-southampton.jpg
NEWCASTLE UNITED 3 SOUTHAMPTON 1

Eddie Howe kagum dengan cara Callum Wilson mengubah corak permainan Newcastle United ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu kemenangan 3-1 ke atas Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park malam tadi.

Penyerang kebangsaan England berusia 31 tahun itu tidak tersenarai sebagai kesebelasan utama biarpun menjaringkan dua gol ketika menewaskan Everton awal pagi Jumaat lalu tetapi dia memanfaatkan sepenuhnya peluang ketika dimasukkan dalam babak kedua menentang Southampton untuk membantu kebangkitan The Magpies daripada ketinggalan 0-1 kepada menang 3-1.

Dalam proses itu, Wilson menjaringkan dua gol untuk kini mengumpulkan 15 jaringan dalam musim ini dan ia menunjukkan bahawa bukan sekadar pemain termahal kelab itu, Alexander Isak, mampu menggempur gawang gol lawan.
 
Pengurus Newcastle, Howe, berkata: "Callum amat luar biasa. Dia mengubah corak permainan kami.

"Yang pertama, dia masuk dengan sikap yang betul. Dia sentiasa seperti itu.

"Dia memiliki keyakinan untuk menjaringkan gol buat pasukan ini dan dirinya sendiri, dan dia mungkin dapat menjaringkan hatrik. Ia satu persembahan yang luar biasa daripada Callum," katanya.

Ia merupakan kali kedua Wilson dimasukkan sebagai pemain gantian selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan sebelumnya -- nasib sama yang turut dilalui Isak dan Jacob Murphy sepanjang beberapa minggu ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Howe berkata: "Kami sudah mengadakan perbincangan tetapi ia bukanlah sesuatu untuk dipanjangkan.

"Saya sedar dia terdesak untuk bermain setiap minit dalam setiap perlawanan tetapi saya fikir saya memiliki tugas untuk menguruskannya dan memastikan dia kekal cergas untuk selama yang boleh kerana apabila dia cergas dan bermain, dia dapat melakukan apa yang dilakukannya seperti hari ini. Dia akan menjadi lebih baik daripada mana-mana pemain lain.

"Saya gembira untuknya dan amat jelas dia memberikan saya pilihan untuk difikirkan menjelang lima perlawanan terakhir musim ini.

"Sepanjang tiga minggu ini, jika Callum beraksi dalam setiap perlawanan -- setiap minit dalam setiap perlawanan -- dia mungkin mengalami kecederaan, jadi kami perlu menguruskannya dengan sebaik mungkin.

"Tetapi apa yang saya boleh katakan, sepanjang kami menguruskan perkara itu, dia menunjukkan sikap kelas pertama. Kerana itulah dia boleh beraksi seperti itu," katanya lagi.
 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video