The Magpies menuju ke Jerman pada Isnin menjelang pertembungan Liga Juara-Juara malam Selasa berdepan skuad gergasi Eropah, Borussia Dortmund, setelah melepasi saingan Liga Perdana Inggeris, Arsenal pada petang Sabtu untuk menambah satu lagi kemenangan penting dalam koleksi musim mereka.
Pengurus The Gunners, Mikel Arteta, terpaksa berputih mata ekoran kekalahan 1-0 di St James' Park, hasil gol tunggal Anthony Gordon, dan lebih memeritkan apabila ia hanya selepas diselamatkan pemain pertahanan.
Advertisement
Bagaimanapun Howe, yang pasukannya berada dua mata dibelakang Arteta dan rakan sejawatan Manchester United, Erik ten Hag musim lalu, berkata: “Kami tidak sengaja mengacaukan apa-apa, kami hanya cuba untuk menang.
“Saya mahu pemain teguh berdiri untuk satu sama lain, saya mahu mereka bermain bola sepak secara kompetitif. Saya mahu kami menjadi kuat dalam momen tertentu - di mana kami tiada pilihan - dan saya fikir kami melakukan semua perkara itu pada hari Sabtu.
"Saya tidak mempunyai sebarang masalah sama sekali dengan cara kami bermain."
Kapten Newcastle Jamaal Lascelles berang kerana pemain Arsenal Jorginho, yang telah terlibat dalam salah satu situasi kemuncak permainan ketika bertembung dengan Bruno Guimaraes hingga menafikan peluang keemasan mereka, enggan berjabat tangannya selepas wisel penamat.
Bagi Howe: “Kami hanya bermain. Saya fikir kami bermain bersungguh-sungguh, berjuang habis-habisan kerana kami mahu menang. Saya fikir kami bermain adil dan kami akan melakukan perkara yang sama sekali lagi.”
Manakala rakan pertahanan Lascelles, Fabian Schar, turut tidak rasa bersalah ketika ditanya sama ada dia berpuas hati dengan corak permainan sebegitu.
Pemain antarabangsa Switzerland itu berkata: “Saya seronok melakukan apa sahaja untuk memenangi sesuatu perlawanan. Kadang-kadang, itulah yang diperlukan.
“Sesuatu permainan boleh melalui cara yang berbeza. Kami tahu apa yang perlu kami lakukan.
“Kadangkala anda bermain bola sepak yang bagus dan kadangkala, seperti hari Sabtu, anda mempunyai perlawanan yang sangat tegang dan sengit, siri kesilapan. Ada juga perkara berlaku di luar padang.
"Tetapi saya enggan mengambil berat, tiga mata lebih penting."
Kemenangan ke atas The Gunners datang dengan bayaran di mana pemain bek kiri, Dan Burn terpaksa rehat selama dua bulan ekoran kecederaan serius di pangkal tulang belakangnya selepas pertembungan udara berlaku. Manakala pemain gantian, Matt Targett boleh terlepas perlawanan sebulan lebih kerana kecederaan hamstring.
Itu menyebabkan percaturan Howe terencat di Jerman ditambah pula Jacob Murphy yang memerlukan pembedahan pada bahu akibat terkehel dua kali. Antara nama yang disenaraikan sebagai pemain yang tidak hadir juga termasuk Sandro Tonali yang digantung dan Sven Botman yang cedera, Alexander Isak, Harvey Barnes, Javier Manquillo dan Elliot Anderson.
Bagaimanapun, Newcastle sudah menghadapi ujian berat menentang pasukan Dortmund yang menang di St James' Park dua minggu lalu, tetapi masih sedar daripada kekalahan 4-0 di tempat sendiri hari Sabtu oleh musuh ketat Bayern Munich, dan sementara tahap kesukaran semakin meningkat dengan ketara , pemain pertahanan Newcastle, Schar berpuas hati pamer aksi terbaiknya di hadapan 81,000 lebih penonton.
Pemain berusia 31 tahun itu berkata: “Sudah tentu ini adalah momen terbaik dalam kerjaya saya, sejujurnya. Anda bermain dalam liga terbaik, bermain untuk diri saya sendiri, di mana saya berasa sangat selesa.
“Ia terasa seperti rumah kedua saya. Saya telah berada di sini sekarang empat atau lima tahun, jadi saya berasa sangat yakin tambahan pula bandar dan kelab itu memberi saya banyak pengalaman dan saya hanya mahu membalas sesuatu.”