EPL: Dua gol Son Heung-min bantu Spurs ikat Arsenal
Ammar Hakim
September 24, 2023 07:09 MYT
September 24, 2023 07:09 MYT
Son Heung-min menjaringkan dua gol penyamaan ketika Tottenham mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi derby London utara saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
Son menyamakan kedudukan Spurs buat kali pertama dengan jaringan sejurus sebelum rehat, membatalkan gol sendiri Cristian Romero pada minit ke-26.
Kekecewaan sekali lagi hadir buat Romero sembilan minit selepas rehat berikutan pemeriksaan VAR, bola kelihatan terkena tangan pertahanan Argentina itu dan Saka menyempurnakan penalti.
Giving everything for our badge ? pic.twitter.com/QyMTRU0iA2
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelebihan tipis Arsenal itu bagaimanapun bersifat sementara, kesilapan Jorginho yang kehilangan penguasaan bola kepada James Maddison dan pemain England itu bijak melakukan lorongan buat Son untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Keputusan itu meletakkan Tottenham dan Arsenal masing-masing di tangga keempat dan kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris, dengan kedua-duanya empat mata di belakang pendahulu Manchester City.