AFC BOURNEMOUTH 2 NEWCASTLE UNITED 0
Kepulangan Eddie Howe ke laman Bournemouth menjadi igauan ngeri buatnya selepas Dominic Solanke menjaringkang gol berganda untuk menewaskan Newcastle United 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Howe, yang merupakan pengurus The Cherries ketika kali terakhir mereka menewaskan Newcastle pada 2017, turut menyaksikan rekod tanpa kalah pasukannya dalam tujuh perlawanan liga ditamatkan dan krisis kecederaan yang dialami mereka kian meruncing.
The Magpies kini kehilangan 11 pemain gara-gara kecederaan dan penggantungan dengan Callum Wilson mengalami kecederraan paha ketika mereka tewas kepada Borussia Dortmund baru-baru ini.
Terbaru, mereka turut kehilangan khidmat Miguel Almiron, juga kelihatan kerana kecederaan paha, pada pertengahan babak pertama di Stadium Vitality.
Solanke memecahkan kebuntuan jaringan buat Bournemouth pada minit ke-60 sebelum menggandakan kelebihan itu berselang 13 minit untuk memastikan tiga mata penting pasukannya, sekali gus keluar daripada kelompok tiga terbawah EPL.
Muzaffar Musa
Sun Nov 12 2023