EPL

EPL: Diogo Dalot pastikan kemenangan Manchester United ke atas Sheffield United

Muzaffar Musa 22/10/2023 | 02:15 MYT
SHEFFIELD UNITED 1 MANCHESTER UNITED 2
Manchester United memperingati pemergian Sir Bobby Charlton dengan kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane awal pagi tadi.
United kehilangan legenda terbaik sepanjang sejarah mereka apabila Charlton disahkan meninggal dunia pada usia 86 tahun malam tadi dan jaringan daripada Scott McTominay dan Diogo Dalot memastikan hari pemergian itu diperingati dengan kemenangan.
Bagaimanapun, pasukan bimbingan Eric ten Hag itu jelas tidak setaraf dengan skuad United sewaktu dipacu Charlton ketika memenangi Piala Eropah pada 1968, di mana mereka kelihatan bergelut untuk menewaskan pasukan di tangga tercorot berkenaan, yang hanya memperoleh satu mata musim ini.
Dalot muncul penyelamat maruah Manchester United apabila percubaan lencongnya dari jarak 20 ela menerjah ke jaring lawan berbaki 13 minit perlawanan selepas McTominay memadamkan jaringan penalti pembukaan Oli McBurnie buat Sheffield United dalam babak pertama.
#bola sepak #Manchester United #Sheffield United #Liga Perdana Inggeris #Diogo Dalot
;