Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Dejan Kulusevski dijangka kekal di Tottenham secara tetap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dejan-kulusevski.jpg
Tottenham dijangka akan menandatangani Dejan Kulusevski secara tetap pada musim panas ini, demikian dilaporkan agensi berita, PA.

Penyerang Sweden itu menyertai Spurs secara pinjaman daripada Juventus dengan kesepakatan awal selama 18 bulan pada Januari tahun lalu dan menikmati penamat kukuh pada penghujung musim 2021-22.

Kulusevski kemudian bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya sepanjang musim ini dan terdapat laporan di Itali bahawa dia mungkin tidak akan kekal lama di London.

Ketika dia menyertai pasukan itu daripada Juve, terdapat pilihan untuk Spurs menjadikan kesepakatan itu kepada satu perpindahan tetap dengan tanda harga 35 juta Euro (RM170.85 juta) seandainya mereka layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Musim sukar yang sedang dihadapi Spurs ketika ini menyaksikan mereka tidak lagi dapat menamatkannya di kedudukan empat teratas tetapi pilihan untuk pembelian Kulusevski secara tetap itu masih ada dan kelab itu difahamkan bersedia untuk memanjangkan khidmat penyerang berkenaan dengan satu kesepakatan baru.

Pengurus interim Spurs, Ryan Mason, mengakui tidak terlibat dengan sebarang perbincangan mengenai masa depan pemain itu tetapi yakin penyerang berusia 23 tahun berkenaan akan kembali mendapatkan sentuhan terbaiknya selepas musim mencabar kali ini.

Kulusevski diketepikan sepanjang separuh pertama musim ini kerana kecederaan paha tetapi dia hanya dapat menjaringkan dua gol daripada 34 penampilan, di mana dia adakalanya terpilih sebagai kesebelasan utama dan adakalanya tidak.

============
<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">?️ “I believe in this team, we have a lot of quality so we have to show it and finish strong.”<br><br>Read our in-depth chat with Deki! ??</p>&mdash; Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) <a href="https://twitter.com/SpursOfficial/status/1656692304449609730?ref_src=twsrc%5Etfw">May 11, 2023</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

"Perasaan saya secara umumnya adalah Deki merupakan pemain Tottenham jadi perbincangan seperti itu, sama seperti perbincangan mengenai pemain lain, hanya akan tiba selepas penghujung musim ini," kata Mason.

"Saya menggemari Deki sebagai seorang pemain. Saya fikir dia mempunyai banyak ruang untuk berkembang dan mentadi pemain terbaik walaupun dia kini memang seorang pemain terbaik.

"Pada masa sama, apabila anda bermain untuk kelab seperti ini, saya fikir adalah penting untuk anda meraih peluang untuk menyarung jersinya pada setiap masa.

"Secara asasnya, apabila anda bermain untuk kelab seperti ini, pasti akan ada persaingan.

"Buat masa ini, minggu lalu, anda dapat melihat dia diletakkan di bangku pemain simpanan tetapi dia kemudian masuk dan membantu pasukan mendapatkan keputusan yang baik. Itulah perkara yang penting," katanya.

Kulusevski menjaringkan tujuh gol dan menghasilkan 15 bantuan jaringan sepanjang 54 penampilan bersama Spurs secara keseluruhan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video