Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Declan Rice optimis Arsenal sedia 'buru' Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Pemain tengah Arsenal, Declan Rice, menikmati peluang untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, selepas membantu pasukannya menewaskan Manchester City 5-1 di Emirates, awal pagi tadi.

Rice menjadi watak penting dalam kejayaan The Gunners selepas menyumbangkan dua bantuan jaringan dalam separuh masa kedua buat gandingan pemain muda Myles Lewis-Skelly dan Ethan Nwaneri.

Pemain antarabangsa England itu turut mencipta lebih banyak peluang (empat) berbanding rakan sepasukannya yang lain.

Mengikut Opta, memberikan peluang 10% kepada Arsenal untuk menjulang trofi EPL pertama mereka musim ini sejak 2003/04, dengan Rice optimis pasukannya mampu mengatasi cabaran itu.


 


"Liverpool masih agak jauh dihadapan, terutamanya dengan kemenangan mereka semalam dan anda perlu menang dalam setiap aksi.

"Kami tidak memerlukan orang lain untuk membantu kami, tetapi kami tahu matlamat kami adalah untuk memburu mereka dan merangkul gelaran EPL.

"Kami perlu kekal positif, dan saya pasti kami akan baik sahaja." katanya.


 

Kemenangan Arsenal awal pagi tadi menyaksikan mereka berada di tangga kedua dalam carta liga dengan juarang enam mata dibelakang The Reds.

Advertisement

Must Watch Video