Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Conte tidak ragu mentaliti Kane selepas kekecewaan Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harry-kane.jpg
Antonio Conte langsung tiada keraguan mengenai tahap mentaliti Harry Kane untuk melupakan kekecewaannya dalam Piala Dunia Qatar selepas pemain itu menemui sasaran ketika Tottenham terikat dengan Brentford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Kapten England itu turun beraksi buat kali pertama sejak insiden dia gagal menjaringkan sepakan penalti sehingga England disingkirkan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia Qatar.

Kane juga menjadi mangsa ejekan sebahagian penyokong Brentford, yang melaungkan "anda mengecewakan negara anda" sewaktu perlawanan yang bekesudahan 2-2 itu.

Tanpa menghiraukannya, penyerang itu menanduk masuk gol pertama Tottenham, sekali gus menjadi inspirasi kebangkitan mereka selepas ketinggalan dua gol

Kane kini telah menghimpunkan sebanyak 13 gol dalam EPL musim ini dan Conte percaya pemain nombor 10 pasukannya itu sudah melupakan kekecewaannya di Qatar.
 
"Tentang Harry, saya langsung tiada keraguan mengenai mentalitinya," kata Conte kepada BBC Sport.

"Dia sedang melalui situasi yang aneh. Dia melalui kempen Piala Dunia yang amat baik dan pasukannya layak ke suku akhir, kemudian dia gagal menyudahkan sepakan penalti penting.

"Jika anda memiliki mentaliti yang kuat, anda akan melupakannya dan Harry telah melakukannya.

"Saya fikir penyokong ini takut kerana dia bermain untuk Tottenham, bukan kerana apa yang berlaku kepada skuad England," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video