Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Cole Palmer lanjut kontrak di Chelsea hingga 2033

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cole-palmer.png
Cole Palmer melanjutkan kontraknya di Chelsea untuk dua tahun lagi yang akan mengekalkannya di Stamford Bridge sehingga 2033.

Palmer, yang menjaringkan 27 gol daripada 48 penampilannya dalam kesemua pertandingan musim lalu, tiba daripada Manchester City pada September tahun lalu dengan perpindahan dilaporkan bernilai £42.5 juta (RM243.64 juta).

Dia menjaringkan 22 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kempen sulungnya bersama The Blues, membantu mereka merebut tempat di peringkat Eropah dan terbukti amat berbahaya dari jarak 12 ela.

Pemain berusia 22 tahun itu juga merupakan sebahagian daripada pasukan England yang mara ke final Euro 2024, di mana penyerang The Blues itu turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan sewaktu menentang Sepanyol dalam aksi terakhir.

"Saya gembira menandatangani kesepakatan baru ini," kata Palmer. 

"Saya mencapai banyak kejayaan dalam musim pertama di sini dan berharap saya boleh terus menikmati perkara yang hebat di kelab ini, baik di peringkat peribadi, mahupun daripada segi membawa kejayaan dan trofi buat Chelsea."

Chelsea akan memulakan kempen EPL mereka hujung minggu ini dengan menentang bekas kelab Palmer dan juara bertahan, Manchester City, di SW6.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video