Cole Palmer diangkat sebagai Pemain Terbaik Lelaki England untuk kempen 2023-24.

Bintang Chelsea itu dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol dalam perlawanan akhir EURO 2024, namun England akhirnya kalah 1-2 kepada Sepanyol di Berlin.

Palmer hanya mempunyai sembilan penampilan untuk namanya di peringkat antaranbangsa selain hanya membuat dua permulaan untuk The Three Lions, namun itu tidak menghalangnya daripada menjadi pilihan utama undian umum untuk mengtasi Jude Bellingham dan Bukayo Saka.

Pemain berusia 22 tahun itu membuat penampilan sulungnya dalam kemenangan 2-0 ke atas Malta pada November tahun lalu dan telah menyumbangkan dua gol antarabangsa, termasuk gol ketika menentang Sepanyol pada Julai lalu.




Palmer merupakan pemain Chelsea pertama yang merangkul anugerah itu sejak Ashley Cole pada 2010.

Sejak menyertai Chelsea daripada Manchester City musim lalu, Palmer telah menyumbang 44 gol liga (28 gol, 16 bantuan jaringan).