Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Cinta tiga segi antara Kyle Walker, isterinya serta bekas kekasihnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-01-29-125545.png
Perpindahan sementara pertahanan Manchester City, Kyle Andrew Walker, ke AC Milan nyata tidak dipersetujui isterinya, Annie Kilner, yang memutuskan tidak menghadiri perlawanan debutnya menentang Inter Milan yang dijadualkan berlangsung 3 Februari depan.

Sumber mengatakan, Annie lebih memilih untuk meraikan ulang tahun ke-40 rakannya di United Kingdom kerana berang dengan pertengkaran yang melibatkan spekulasi berkaitan dengan bekas kekasih Walker, Lauryn Goodman.

Kontroversi pergaduhan itu dikuatkan dengan beberapa saksi mengatakan Annie dilihat tidak lagi menyarungkan cincin perkahwinan mereka.
 
Terdahulu, timbul persoalan mengenai masa depan perkahwinan mereka, terutamanya selepas fail penceraian yang dikeluarkan Annie sekaligus menuntut separuh daripada kekayaan Walker yang dianggarkan bernilai £27 juta (RM124 juta).

Advertisement

Must Watch Video