EPL: Chelsea terus gah, Villa gagal tamat badi kemenangan
Aleqha Zainal
Disember 2, 2024 13:04 MYT
Disember 2, 2024 13:04 MYT
CHELSEA 3 ASTON VILLA 0
Pemain berusia 22 tahun, Cole Palmer, melengkapkan kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Aston Villa dengan gol gemilangnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge malam tadi.
Memandang Arsenal, yang berada di tangga kedua EPL, turut mencatat kemenangan pada Sabtu lalu, Chelsea mengambil peluang kali ini untuk terus memberi tekanan kepada pasukan itu dengan memintas Manchester City.
Nicolas Jackson membuka jaringan dengan gol liga kelapannya musim ini selepas menampan hantaran Marc Cucurella hanya selepas tujuh minit permainan bermula.
Enzo Fernandez kemudian menggandakan kelebihan Chelsea sebelum tamat separuh masa pertama dan gol menakjubkan Palmer dari jarak 20 ela pada minit ke-83 memastikan kemenangan mutlak buat tuan rumah.
Pasukan Enzo Maresca itu kini berkongsi tangga kedua dengan Arsenal dengan 25 mata daripada 13 perlawanan.
Villa, dalam ada itu, jatuh ke tangga ke-12 selepas gagal menang dalam lima perlawanan EPL berturut-turut dan lapan perlawanan keseluruhan dalam semua kejohanan.